Portal berita terbaik anda

Utama

Ibarat bayi baru lahir, satu keluarga ucap dua kalimah syahadah

HIDAYAH itu milik Allah. Pada 17 September yang lalu, seorang lelaki berketurunan Cina, Marcus Wong telah memeluk agama Islam bersama isteri dan tiga orang anaknya di sebuah masjid di Bandar Baru Selayang.

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Amir Ng yang turut memuat naik beberapa gambar Marcus dan ahli keluarganya mengucap dua kalimah syahadah.

Pada majlis itu, Marcus turut memilih nama baharu Muhammad Khalid Marcus Wong sebagai nama Islamnya.

“Tahniah diucapkan.. Semoga Muhammad Khalid sentiasa istiqomah dan mengamal ajaran Islam jadi seorang Muslim sejati.. InsyaAllah amin,” tulis Amir Ng di Facebook miliknya.

Sejurus selepas itu, Muhammad Khalid sekeluarga telah mengisi borang pengislaman mereka di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan beliau sekeluarga dalam mendalami agama Islam dan sentiasa istiqamah dalam melaksanakan ajaran Islam.

Loading...

Leave a Reply