Portal berita terbaik anda

Viral

Berwajah ‘baby face’, guru ini kerap disalah anggap sebagai budak sekolah

SESETENGAH orang sangat bertuah apabila apabila dikurniakan wajah yang jauh lebih muda berbanding usia sebenar. Mereka tidak perlu bersusah payah untuk melakukan pelbagai rawatan atau pembedahan untuk kelihatan muda.

Namun bagi seorang guru lelaki, beliau sering disalah anggap sebagi pelajar sekolah hanya kerana memiliki wajah awet muda.

Rupa macam budak-budak!

Lelaki yang dikenali sebagai Ian Francis Manga atau mesra disapa Manga itu merupakan salah seorang tenaga pengajar di Son Jose Del Monte, Bulacan, Filipina.

Guru yang berusia 22 tahun ini mengajar murid pra-sekolah dan tahun dua.

Masa kecik, ada terkena penyakit…

Manga memberitahu, ketika usianya masih kecil, dia sering diserang penyakit yang menyebabkan tumbesarannya terbantut.

Malah, dia kelihatan lebih kecil dan muda berbanding rakan-rakan seusianya yang lain.

Dah biasa disalah anggap

Jelasnya lagi, disebabkan wajahnya yang ‘baby face’ tersebut, membuatkan dirinya kelihatan jauh lebih muda seperti budak-budak sekolah. Walhal, dia sudah pun berusia lebih 20-an.

Tak pernah dibuli pun…

Walaupun keadaannya begitu, Manga menyatakan bahawa dia tidak pernah dibuli kerana dirinya merupakan seorang yang peramah.

Namun begitu, dia tetap serius sebagai seorang guru dan sentiasa memastikan anak didiknya sentiasa berdisplin tinggi.

“Saya perlu menjadi serius kerana saya ialah seorang guru. Tidak semua benda perlu dibuat main, mereka juga perlu menjadi serius terutamanya ketika berada di dalam kelas.” kata Manga.

Loading...

Leave a Reply