Portal berita terbaik anda

Utama

PTPTN: Jika akhlak tinggi, wajib bayar hutang walau 10 sen – Maszlee

ARAU – Maszlee Malik menegaskan, mereka yang mempunyai akhlak dan moral yang tinggi perlu membayar hutang termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menteri Pendidikan itu berkata, sikap membayar hutang perlu ada dalam setiap diri kerana ia membabitkan tanggungjawab moral.

“Tidak kira apa hutang sekalipun, hutang PTPTN, bank, adik-beradik, sikap kita sebagai seorang yang mempunyai akhlak, moral yang tinggi kalau berhutang perlu bayar.

“Ini tanggungjawab moral, di mana ia mencerminkan akhlak kita apabila kita berhutang perlu bayar walaupun hutang itu 10 sen,” katanya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra di sini malam tadi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat hadir untuk merasmikan majlis itu.

Turut berkenan berangkat hadir, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menegur sikap peminjam yang liat membayar hutang PTPTN.

Mahathir juga melahirkan rasa malu dengan sikap tidak amanah peminjam yang enggan membayar hutang walaupun telah mempunyai pekerjaan.

Sehingga kini, jumlah hutang tertunggak PTPTN seperti yang dimaklumkan Dr. Mahathir ketika menyampaikan syarahan perdana di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur baru-baru ini yang telah menjangkau RM36 bilion. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply