Portal berita terbaik anda

Utama

Hina Agong: Syarikat Cisco akan ambil tindakan terhadap Eric Liew

KUALA LUMPUR – Syarikat Cisco yang dikatakan tempat pemilik akaun Facebook bernama Eric Liew bekerja, akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja itu yang telah menghina Sultan Muhammad V.

Menurut Cisco ASEAN, syarikat itu mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan telah menyerahkan kepada cawangan syarikat itu di Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami akan menjalankan siasatan berhubung isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” jelas syarikat itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Cisco ASEAN, hari ini.

Terdahulu, Eric didakwa memberikan komen jelek terhadap Sultan Muhammad V berhubung perletakan jawatan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Akibat berang dengan tindakan itu, rata-rata warganet menyerang laman Facebook Cisco ASEAN dengan mendesak syarikat tersebut mengambil tindakan terhadap Eric.

Eric dalam satu hantaran menerusi laman Facebook hari ini, memohon maaf atas komen jelek yang dilakukannya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply