Portal berita terbaik anda

Politik

Himpunan 812 bukan ancaman kepada PH – Mukhriz

PORT DICKSON – Perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung di ibu negara semalam, tidak menjadi ancaman kepada kerajaan PH.

Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata ini kerana kerajaan mempunyai pendirian yang sama dengan apa yang diperjuangkan dalam perhimpunan tersebut.

“Anggaran kami lebih 100,000 orang yang hadir dan angka itu tidak menggugat kami kerana kerajaan ada pendirian yang sama iaitu tetap menolak ratifikasi ICERD.

“Dalam hal ini kita tidak melihat ia sebagai satu bantahan terhadap kerajaan, lainlah kalau kerajaan dah menyatakan hasrat untuk meneruskan ratifikasi ICERD,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Perjuangan PPBM Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Badan Pimpinan PPBM Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim dan Pengerusi PH negeri yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun. – Bernama

Loading...

Leave a Reply