Portal berita terbaik anda

Utama

Hilang kerja sebab bantu Adib, dua wira bertemu semula di majlis tahlil

JASA bekas anggota komando dari Rejimen Gerak Khas (RGK), Mohd. Hafizan Nordin dan anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), R. Narresh mungkin tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia.

Mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menghantar anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ke hospital ketika kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman tahun lalu.

Beberapa hari lepas, mereka berdua akhirnya dipertemukan kembali dalam majlis tahlil yang diadakan di balai bomba tempat di mana Muhammad Adib bertugas iaitu di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, Selangor.

Menurut laporan Malaysia Gazette (MG), kedua-dua wira yang tidak didendang itu hilang pekerjaan setelah menjadi saksi dalam prosiding inkues kes terbabit.

Walau bagaimanapun, Narresh bernasib baik apabila telah mendapat pekerjaan baru namun Hafizan masih lagi menganggur.

“Aku tak dapat bayangkan kalau kedua-dua mereka tidak berada di tempat kejadian sewaktu arwah Adib sedang dibelasah..

“Kerajaan tolonglah bagi pengiktirafan atau apa saja bentuk bantuan yang perlu pada mereka berdua,” kata wartawan MG, Syahril A. Kadir.

Loading...

Leave a Reply