Hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan, orang Sarawak masih tenang keluar bersarapan

Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula hari ini, seolah-olah tidak memberi kesan kepada sesetengah rakyat Malaysia yang masih keluar berkumpul di tempat awam.

Beberapa keping gambar yang dirakam di sekitar Kuching, Sarawak menunjukkan orang ramai masih berkumpul di restoran-restoran untuk menikmati sarapan pada waktu pagi.

Situasi ini membantutkan usaha pihak kerajaan bagi membentung wabak berbahaya ini dan jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil kes jangkitan akan terus bertambah dari hari ke hari.

Sehubungan itu, netizen meminta agar pihak berkuasa memantau lokasi-lokasi awam ini dengan lebih kerap seterusnya mengambil langkah yang terbaik bagi menghalang orang awam berkumpul terlalu ramai pada satu-satu masa.

Loading...

Leave a Reply