Portal berita terbaik anda

Politik

Harga sawit jatuh bukan salah kerajaan PH – Karmaine

PEKAN NANAS – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Karmaine Sardini menjelaskan harga sawit jatuh bukan kerana PH.

Beliau berkata apa yang cuba disampaikan adalah harga komoditi itu boleh turun dan naik pada bila-bila masa.

“Jadi saya cakap RM270 kena bersyukur. Dalam Islam, rezeki kita ada.

“Bersyukurlah. Kalau banyak kita dapat, kita bersyukur kalau kurang itu rezeki kita dengan apa yang ada,” katanya kepada FMT ketika ditemui dalam sesi ramah mesra bersama pengundi Tanjung Piai di Klinik Kesihatan di sini.

Semalam ketika berucap dalam ceramah umum PH di Penerik, Karmaine menasihatkan pekebun kecil supaya tidak mengeluh mengenai kemerosotan harga kelapa sawit.

Katanya, walaupun harga komoditi itu kini turun kepada RM270 satu tan, pekebun kecil perlu bersyukur kerana mendakwa ia masih tinggi daripada RM87 satu tan sewaktu zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan itu kemudian mendapat perhatian bekas Perdana Menteri, Najib Razak yang mendakwa melalui laman Facebook beliau bahawa Karmaine merujuk harga sawit jatuh ketika pemerintahan BN di bawah Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-4.

“Yang dia tuduh harga sawit pernah RM87 satu tan masa BN itu mungkin dari zaman perdana menteri ke-7 lah.

“Masa saya Perdana Menteri, harga sawit mana rendah sehingga RM87 satu tan,” katanya di laman Facebooknya.

Membidas kenyataan Najib itu, Karmaine berkata beliau hanya merujuk kepada kerajaan lama iaitu BN dan membuat perbandingan dengan kerajaan baru.

Beliau turut menjelaskan sekiranya permintaan banyak tetapi pengeluaran kurang, harga komoditi sawit akan berubah.

Loading...

Leave a Reply