Portal berita terbaik anda

Utama

Harga RON95 turun 7 sen, RON97 dan diesel turun 9 sen

KUALA LUMPUR — Harga runcit petrol RON97 dan diesel turun sembilan sen seliter manakala RON95 turun tujuh sen seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 20 Mac.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 bagi minggu tersebut turun kepada RM2.10 daripada RM2.19 seliter manakala harga diesel RM1.87 daripada RM1.96 dan harga RON95 menjadi RM1.82 daripada RM1.89 seliter.

“Ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia, serta wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.

“Sebagai langkah untuk menstabilkan turun naik harga minyak kepada pengguna dan pada masa yang sama untuk mengimbangi ketidaktentuan hasil minyak kepada kerajaan, harga runcit bagi kedua-dua produk petrol RON95 dan diesel diturunkan masing-masing kepada paras RM1.82 seliter dan RM1.87 seliter,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara terutama dalam menangani peningkatan kos sara hidup kesan daripada kenaikan harga. — Bernama

Loading...

Leave a Reply