Portal berita terbaik anda

Utama

Harga RON95 turun 19 sen, RON97 turun 21 sen, diesel turun 17 sen

Harga runcit petrol RON95 turun 19 sen manakala RON97 turun 21 sen dan diesel turun 17 sen berkuat kuasa 7 hingga 13 Mac ini.

Kementerian Kewangan, menerusi satu kenyataan pada Jumaat, memaklumkan harga runcit RON95 ialah RM1.89 seliter bagi tempoh berkenaan.

Harga runcit RON97 dan diesel bagi tempoh berkenaan masing-masing pula ialah RM2.19 dan RM1.96 seliter.

Kementerian Kewangan berkata ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Loading...

Leave a Reply