Harga durian dijangka turun RM3 sekilogram

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu menjangka harga durian di negeri ini menurun sehingga RM3 sekilogram bermula awal Ogos ini.

Penurunan harga itu berikutan bekalan durian yang dijangka terlalu banyak susulan banyak kebun mengeluarkan hasil.

Pengarah Fama Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 7,080 tan durian akan dihasilkan di negeri ini hingga September tahun ini.

“Sekarang sudah bermula musim durian gugur di Terengganu dan ia bermula di Besut dan beberapa kawasan di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

“Pada awal Ogos nanti dijangka semua dusun dan kebun durian di negeri ini akan mengeluarkan hasil serentak.

“Sekali gus menyebabkan harga durian di kebun menurun daripada RM6 sekilogram kepada RM3 sekilogram,” katanya.

Pada program itu sumbangan berupa buah-buahan dan sayuran diserahkan Che Ghani kepada Pengarah Operasi PKRC Chendering, Dr Sharifah Azizah Syed Mohammad Shibli.

Che Ghani berkata, durian boleh dibeli dengan harga rendah berbanding sekarang selepas kebun durian di negeri ini mengeluarkan hasil dan dijual di pasaran.

“Sekarang durian agak mahal kerana diambil dari luar Terengganu seperti di Johor.

“Harga menjadi mahal kerana penjual mengambil kira kos pengangkutan mereka selain durian dijual ialah durian klon yang memang berharga tinggi berbanding durian kampung.

“Berkemungkinan jika harga durian di kebun terlalu rendah, Fama akan turut membantu memasarkan durian itu di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi supaya tidak berlaku lambakan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply