Portal berita terbaik anda

Hiburan

Haram bergelar juara AJL 33

LAGU Haram nyanyian Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah berjaya merangkul gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 33 (AJL 33) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi AJL 33.

Naib Juara yang dimenangi oleh lagu Bunga yang dipersembahkan oleh Ara Johari menerima wang tunai RM35,000 dan trofi AJL 33.

Manakala tempat ketiga disandang lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Anugerah Persembahan Terbaik pula berjaya dirangkul oleh Sufian Suhaimi menerusi lagu Di Matamu dan gelaran vokal terbaik dirangkul oleh Misha Omar menerusi lagi Sampai Bila.

Loading...

Leave a Reply