Portal berita terbaik anda

Utama

Haiwan peliharaan dicampak dari apartment kerana bimbang bawa koronavirus

Penularan wabak novel koronavirus di China yang sehingga kini telah mengorbankan 259 orang membuatkan warganya hidup dalam cemas dan ketakutan.

Malah, ketakutan itu membuatkan mereka mengambil tindakan tidak wajar termasuklah membuang haiwan-haiwan peliharaan kerana bimbang dijangkiti wabak berbahaya itu.

Menerusi perkongsian di media sosial, beberapa gambar yang menunjukkan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing ditemui mati bergelimpangan dipercayai dilempar oleh pemiliknya dari apartment yang tinggi.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan kemarahan netizen antaranya aktivis Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) yang mahukan pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.

Mereka menganggap tindakan tersebut sebagai kejam dan berharap pihak berkuasa mencari si pelaku secepat mungkin.

Loading...

Leave a Reply