Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Guru wanita maut kereta terbabas langgar tiang elektrik

SEORANG guru wanita terbunuh apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 18 Jalan Jerantut-Benta, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Nur Syairah Nadiah Samsudin, 27, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jeransang, Benta meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, kereta yang dipandu oleh suami mangsa itu dalam perjalanan dari Jerantut ke Benta.

“Perdoa Axia yang dinaiki mangsa telah terbabas ketika melalui satu selekoh dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik.

“Akibatnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalam 1987 dan siasatan lanjut masih dilakukan,” ujarnya.

Sementara itu, jenazah mangsa selamat dikebumikan di Kampung Kuala Telemung, Kuala Berang, Terengganu pukul 10 pagi tadi.

Loading...

Leave a Reply