Guru pengsan semasa PdPR meninggal dunia 2 jam selepas terima rawatan

SEORANG guru wanita meninggal dunia dipercayai akibat serangan Covid-19 varian baharu yang lebih berbahaya.

Nurul Naim Omar yang juga guru matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) (P) Methodist 2, Melaka dikatakan telah pergi mendapatkan rawatan di hospital kerana demam pada pukul 9 pagi, namun menghembuskan nafas terakhir dua jam kemudian.

Hasil ujian calitan juga menunjukkan mangsa didapati positif Covid-19 dan menghidapi sesak nafas ketika sedang melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Allahyarhamah dipercayai kurang sihat sehari sebelum itu, namun masih tetap melaksanakan proses PdPR untuk murid-muridnya.

Sehubungan itu, guru besar sekolah berkenaan menyeru para guru agar mendapatkan rawatan dan kepastian perubatan dengan segera jika mempunyai gejala selsema biasa atau flu.

“Sama-sama kita menjaga diri dan keluarga kita serta sekolah dan masyarakat sekeliling. Varian baru COVID-19 kali ini cukup merbahaya dan tiada orang terkecuali,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan Melaka menzahirkan rasa sedih dan takziah atas pemergian Allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi terhadap tugasnya.

“Semoga keluarga Cikgu Nurul Naim tabah berdepan dengan dugaan kehilangan ini dan apa yang dilalui menggambarkan arwah seorang pendidik yang tinggi nilai dedikasinya.

“Semoga jasa bakti Cikgu Nurul Naim kepada pendidikan murid-murid dapat menjadi contoh kepada warga pendidik di seluruh negeri ini,” katanya.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *