Portal berita terbaik anda

Utama

Guan Eng akui GST lebih telus berbanding SST

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng mengakui cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak telus dan bakal memberi kesan terhadap barangan pengguna.

Malah beliau mengakui GST lebih telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dijangka bermula 1 September ini.

“Kita tidak menafikan, kalau sebut yang mana lebih telus tentunya GST lebih telus, tetapi apabila sebut GST lebih telus maknanya GST itu boleh kutip cukai dengan luas dan mempunyai kesan ke atas rakyat.

“Sedangkan SST sungguhpun tidak setelus dan efisien seperti GST namun kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir yang kita beri tumpuan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut menyelar Guan Eng ynag selalu bercakap tentang ketelusan tetapi melaksanakan dasar cukai yang tidak telus.

“SST cukai yg tidak telus, ambil cukai, rakyat tak tahu, tiada dalam resit, tersembunyi dalam harga. Beliau (Guan Eng) akui SST memang tidak telus tapi tetap akan laksana. Cakap tak serupa bikin,” katanya.

Dalam pada itu ketika sidang akhbar di lobi Parlimen, Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan mengakui pelaksanaan SST akan membebankan pengguna, tetapi kesannya hanya separuh berbanding GST.

Guan Eng berkata, SST merupakan cukai seperingkat yang dikenakan ke atas pengilang dan bukannya pengguna, manakala GST adalah cukai pelbagai peringkat yang terpaksa dibayar dan dikutip pada setiap peringkat rantaian bekalan.

“Sungguhpun GST lebih efisen dan telus tapi memihak kepada kerajaan kerana kita dapat kutip cukai yang lebih tetapi keprihatinan kita adalah kepada rakyat.

“Kalau ketelusan ini memihak kepada kerajaan tapi merugikan rakyat, kita bukanlah kerajaan yang berjiwa besar kerana kita mahu mengurangkan kos dan beban rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Loading...

Leave a Reply