Portal berita terbaik anda

Dunia

Langit ungu bawa bencana, Jepun lumpuh dibadai Taufan Hagibis

FENOMENA langit bertukar ungu kelmarin telah menggemparkan penduduk di di tengah dan timur Jepun. Perubahan warna itu dikaitkan dengan kedatangan Taufan Hagibis yang membadai Jepun semalam.

Hagibis dianggap taufan paling ganas dengan membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh 60 tahun.

Menerusi perkongsian di media sosial, beberapa kesan daripada bencana tersebut dapat dilihat dengan jelas. Hagibis bukan sahaja membawa kemusnahan kepada harta benda, malah turut menyebabkan puluhan nyawa terkorban.

Taufan yang membawa bersama angin selaju 216 kilometer sejam itu turut mengakibatkan air laut berombak tinggi hingga dapat dilihat dalam jarak yang jauh.

Ia juga menyebabkan banjir besar berikutan hujan lebat yang dibawa oleh angin kencang di kawasan tersebut.

Menerusi gambar-gambar yang sertakan itu, dapat disimpulkan bahawa Taufan Hagibis yang melanda Jepun semalam benar-benar satu bencana yang hebat sehingga mengakibatkan pelbagai kerosakkan dan kemusnahan.

Semoga mangsa-mangsa di negara itu kuat dan tabah menghadapi dugaan ini dan terus berhati-hati jika ada gelombang kedua taufan tersebut.

Loading...

Leave a Reply