Portal berita terbaik anda

Dunia

Gagal bayar hutang, China mahu ‘rampas’ lapangan terbang Zambia

LUSAKA – Ramalan pihak tertentu di kalangan masyarakat antarabangsa yang menyuarakan kebimbangan akan berlaku penjajahan moden membabitkan negara rantau itu akibat terjerat dek hutang dengan China, mula menjadi kenyataan membabitkan negara Zambia, menurut laporan hari ini.

Laporan web itu menyatakan, China dilaporkan mencadangkan untuk mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Kenneth Kaunda sekiranya kerajaan Zambia gagal membayar hutang yang tinggi kepada negara itu.

Malah, dalam satu laporan lain pula mendedahkan bahawa rundingan sedang berlangsung untuk sebuah firma China mengambil alih syarikat tenaga ZESCO.

Sebuah portal berita di Zambia menuduh China cuba menjajah negara itu selepas menawarkan pinjaman luar biasa kepada negara Afrika yang dilihat sangat menarik tetapi sebenarnya berbahaya secara realitinya.

Portal itu mendakwa, kerajaan Zambia menandatangani perjanjian dengan China dan merasakan mereka diberi syarat-syarat yang adil tetapi semuanya bertukar menjadi satu bentuk penjajahan moden.

Isunya, sama ada Zambia mempunyai kekuatan ekonomi untuk membayar hutang yang tinggi itu diragui jika dilihat jumlah pinjaman yang terlibat.

China juga memiliki 60 peratus pegangan dalam Perbadanan Penyiaran Kebangsaan Zambia yang bermakna negara itu mempunyai pengaruh terhadap apa yang boleh dan apa yang tidak boleh disiarkan mengenai aset mereka.

Ada pihak memberi amaran bahawa Zambia menghadapi risiko kehilangan kedaulatannya kepada China jika gergasi Asia itu merampas aset negara Afrika berkenaan kerana gagal membayar hutang.

Sumber memberitahu media tempatan bahawa pihak Perbendaharaan tidak cuba mendedahkan angka sebenar hutang Zambia kerana khuatir akan menimbulkan kontroversi.

Selain itu, berlaku percanggahan arahan oleh Menteri Kewangan, Margaret Mwanakatwe yang mengumumkan semua projek China yang siap di bawah 80 peratus akan dihentikan manakala Presiden Edgar Lungu pula berkata semua projek akan diteruskan seperti dirancang.

Loading...

Leave a Reply