Portal berita terbaik anda

Viral

Gadis ucap syahadah, sehari kemudian bapa terbuka hati ikut anak masuk Islam

LAHAD DATU – Kurang dari 24 jam, seorang bapa terbuka hati memeluk Islam selepas anak gadisnya mengucap dua kalimah syahadah di hadapan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew di Masjid Ar-Raudah, Lahad Datu, Sabah.

Semalam, pendakwah popular itu berkongsi momen indah itu di Instagram peribadinya dengan menyatakan rasa syukur dan terharu kerana urusannya dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Beliau memberitahu, lelaki tersebut merupakan ayah kepada seorang gadis Cina yang memeluk Islam di majlisnya.

“Terkejut tengah ceramah. Ayah Mei pula ucap syahadah selepas anaknya memeluk Islam malam tadi. Allahuakbar.

“Sebelum ini, Mei datang bersama ahli keluarganya untuk memeluk Islam dan keluarganya beritahu terima kasih kerana bimbing anaknya. Mereka turut menghormati pilihan anaknya untuk memeluk Islam.

“Keesokan harinya, Mei datang bersama bapanya berhasrat memeluk Islam,” katanya terharu dengan hidayah ALLAH.

 

View this post on Instagram

 

Terkejut tengah ceramah. Ayah Mei pula ucap syahadah esok harinya selepas anaknya malam tadi. Allahukabar. Saya tengok Mei yang saya Islam kan malam tadi hadir bersama keluarga dan semua urusetia dan imam masjid. Saya minta nak jumpa Mei sebelum balik kl. Sekali keluarganya cakap terima kaseh kerana bimbing anaknya dan cakap dia hormat pilihan anaknya memeluk Islam. Walau dia agama lain . Berbual kasih sayang dan terangkan Islam ini. Ayahnya ingin memeluk Islam. Menangis adik ni. Doakan ibunya sangat baik. Banyak berkongsi pada kami masa tu betapa dia sayangkan anaknya dan sempitnya hidup dulu-dulu. Maknya kata dia InsyaAllah akan belajar Islam ini. Begitu juga beberapa anak yang lain dan saudaranya juga ada yang bertanya Islam ini. Ya Allah sebak rasa. . Mei dah mula belajar solat dan tak sabar nak belajar banyak lagi. Sedih sebak rasa. Ya Allah terima kaseh. Terima kaseh imam dan ajk masjid. Terima kaseh kawan ayah Mei. Keluarganya dan guru-guru yang membantu-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menerusi perkongsian itu juga, Ebit memberitahu bahawa ibu dan saudara-mara Mei juga sedang mempelajari Islam dan berharap suatu hari nanti mereka semua terbuka hati untuk menjadi sebahagian daripada saudara seagama.

Sementara itu, rata-rata warganet mengucapkan rasa syukur dan mendoakan agar mualaf tersebut terus istiqomah untuk mempelajari ilmu Islam.

Kata @rohanee05, “Subhanallah, alhamdulillah, barakallah. Moga dipermudahkan urusan ustaz dan saudara baharu kita.”

“Masya-ALLAH, kadang-kadang kita tak sangka yang kita ni asbab seseorang itu mendapat hidayah daripada ALLAH. Moga terus berjaya ustaz,” kata @aziz._zzzz.

Loading...

Leave a Reply