Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Gadis maut motosikal ditunggang bapa dirempuh kereta

GEORGE TOWN – Seorang gadis maut selepas motosikal yang ditunggang bapanya dipercayai dirempuh sebuah kereta berdekatan persimpangan lampu isyarat di Jalan Teluk Kumbar di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Nooraslinda Musa, 26, dilaporkan meninggal dunia ditempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala manakalanya ayahnya dikatakan mengalami cedera ringan.

Difahamkan, dua beranak itu dalam perjalanan menghala ke Bayan Lepas dari Teluk Kumbar sebelum motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Avanza dari arah belakang.

Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 52 tahun itu dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Zaiful Arif Mat Ariffin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.55 pagi dan tiba ke situ kurang 15 minit kemudian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian mendapati, penunggang motosikal terbabit berada dalam keadaan tertiarap di atas jalan manakala pemandu kereta mengalami cedera ringan.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di situ telah mengesahkan kematian penunggang motosikal terbabit di lokasi kejadian,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Zaiful memberitahu, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan polis untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Balik Pulau.-K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply