Portal berita terbaik anda

Utama

Gadis konvo tanpa arwah abah, bapa saudara seiras hadir ubat rindu

SETIAP graduan sudah pasti mahu meraikan hari konvokesyen bersama orang-orang tersayang terutamanya ibu bapa. Namun, tidak semua yang bernasib baik untuk meraikan detik bersejarah itu bersama-sama.

Menerusi satu perkongsian seorang graduan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) di Twitter, dia tidak berpeluang meraikannya bersama bapa tersayang yang telah pergi buat selama-lamanya.

Sebelum meninggal dunia, arwah abah adalah orang yang paling teruja menanti tarikh konvekesyen namun Allah lebih menyayanginya.

Walau bagaimanapun, kesedihan itu sedikit terubat apabila bapa saudaranya sanggup datang dari Seremban ke Batu Pahat semata-mata mahu menggantikan arwah abah. Malah wajah kedua-keduanya seiras.

Selain itu, saudara-maranya yang lain turut hadir sebagai wakil arwah abah agar konvokesyen tersebut tidak berlangsung dalam keadaan duka.

Perkongsian daripada graduan tersebut benar-benar menyentuh hati netizen yang turut merasa hiba. Mereka mengakui bahawa ketiadaan ibu bapa semasa meraikan hari bahagia sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, saudara-mara terdekat sebagai pengganti amat bermakna dan begitu mengharukan.

Loading...

Leave a Reply