Firdaus Wong positif Covid -19

SHAH ALAM – Pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung disahkan positif Covid-19 pada Jumaat.

Beliau yang juga Pengasas dan Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) itu memaklumkan telah menerima panggilan daripada pihak hospital mengenai keputusan ujian Covid-19 yang dilakukannya sebelum ini.

“Saya baru sahaja menerima panggilan daripada hospital memaklumkan tentang keputusan ujian Covid-19 saya adalah positif. Innalilah Wa Inna Ilahi Rajiun.

“Sebagai Muslim saya beriman pada Qadr dan Qadar dan ALLAH tidak menguji seorang hamba-Nya melebihi yang dia tidak mampu,” tulisnya menerusi status Facebook pada Jumaat.

Bagaimanapun, Firdaus berkata, beliau menerima keputusan tersebut dengan reda.

“Sebagaimana keputusan Covid -19 saya positif, begitu juga saya positif menerima ujian ALLAH SWT ini. Pasti ada kebaikan dan hikmahnya.

“Ya Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Asy-Syaafii (Zat Yang Maha Menyembuhkan). Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain” (HR Bukhari 535 dan Muslim 2191),” tulisnya lagi.

Justeru, pendakwah berkenaan menyarankan semua kenalan yang ada berjumpa dengannya dalam tempoh 10 hari lalu agar mendapatkan ujian calitan dan kuarantin diri sehingga memperoleh keputusannya.

Loading...

Leave a Reply