Portal berita terbaik anda

Viral

‘Filem Syamsul Yusof je macam ni, menggelabah pasal hak cipta’

Kes saman Skop Productions terhadap seorang individu yang menyebarkan filem Munafik 2 tanpa kebenaran di media sosial telah membuka mata banyak pihak mengenai pentingnya penjagaan hak cipta.

Pengarah Urusan Skop Productions Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam menjelaskan, tindakan saman itu bukan untuk menganiaya mana-mana pihak, tetapi sebagai peringatan terhadap mereka yang cuba mencabar undang-undang negara.

“Saya bukan mahu aniaya sesiapa tetapi tindakan individu terbabit seolah-oleh mencabar saya dan Syamsul.

“Niatnya mahu mensabotaj filem Munafik 2… Bukan saya dan Syamsul tidak beri amaran, malah kakitangan syarikat pun sudah banyak kali menasihati agar dia padam dalam laman sosial tetapi tidak diendah.

“Sebaliknya, individu terbabit muat naik filem itu di tempat lain hingga tersebar ke Indonesia. Jadi, saya fikir, kita kena bertindak kali ini,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita, Shahida Nafishah Jamaluddin telah membongkar detik-detik awal bermulanya kes tersebut termasuklah mesej-mesej keangkuhan individu terbabit sehinggalah amaran yang diberikan oleh Syamsul Yusof yang membawa kepada tindakan saman ke atasnya.

Ada yang kata tak patut Datuk Yusuf saman?

Ramai orang tanya Kak Nam pasal kes Sasuke Kun yang kena denda RM100K disebabkan penyebaran content Munafik 2 tanpa izin.

Well.

Kak Nam baca banyak betul ulasan pasal kes ni – ada yang kata patut – ada yang kata tidak – ada yang tiba tiba berkecuali (kau dah kenapa berkecuali tak pasal pasal? Hahaha).

So – if this could benefit you – Kak Nam akan terangkan about this case – dan bukan sekadar copy paste berita je. So that kau boleh faham dengan jelas lagi. Insya-Allah.

Filem adalah salah satu harta intelek

First of all – kau kena tau – filem merupakan satu daripada harta intelek – yang dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987.

Di bawah akta tersebut – dah underlined – yang sebarang penyebaran content hakcipta tanpa izin daripada pemiliknya – adalah salah di sisi undang undang. Dengan kata lain – sekiranya terdapat pelanggaran hakcipta – pemunya karya boleh mengambil tindakan undang undang ke atas orang yang melakukan pelanggaran. Ada hukuman dia sekali kat situ.

Itu jelas dalam akta.

Sasuke Kun ni selamba upload Munafik 2 kat FB dia

Dalam kes si Sasuke Kun ni – ok before that kenapa Kak Nam panggil dia Sasuke Kun – ialah sebab nama FB dia macam tu – jadi Kak Nam panggil Sasuke Kun je bagi senanggg.

Dalam kes si Kun ni – masa Munafik 2 tengah tayang kat pawagam – beliau dengan senang hatinya upload link full movie of Munafik 2 kat page dia. Dan post tersebut di’public’kan untuk tatapan semuaaaaaa rakyat jelata.

Perlakuan ini sampai ke pengetahuan pengarah Munafik 2 sendiri – Syamsul Yusof.

Macam mana Syamsul boleh tau? Of course ada orang sampaikan kepada dia dan sebab perkongsian telah berlaku dengan rakusnya jugak masa tu. Tak susah pun nak found out.

Syamsul komen kat link tu, suruh padam

Apa Syamsul buat? Syamsul saman dia ke?

Tak adik adik. Syamsul Yusof tak saman dia. LAGI. Not yet.

Syamsul commented dekat link dia tu – mintak dia turunkan content yang disebarkan. Syamsul jelaskan – kalau tak turunkan – dia akan ambik tindakan undang undang.

Itu generally apa yang Syamsul commented kat link Sasuke Kun ni. Syamsul tidak menggunakan sebarang bahasa kasar – hanya bahasa mudah yang boleh difahami oleh manusia normal. Tak ada unsur unsur ugutan keras ataupun sebagainya.

Perlu Kak Nam bagitau jugak – even sebelum Syamsul membuat teguran tersebut – ramai lagi orang lain yang terlebih dahulu membuat teguran – especially the moviegoers – yang of course benda macam ni memberi impact pada their wonderful experience of watching films in the cinema. Ada yang publicly tegur. Ada yang whatsapp – ada yang pm – so it was claimed.

“Ingat aku budak ke nak ugut2?”

After all the reminders and warnings – termasuk daripada Syamsul Yusof sendiri – instead of menurunkan illegal content tersebut – si Kun ni pergi reply pulak kat teguran tu.

Something along the line –

“..Aku takkan hide. Aku akan biarkan ni public. Ingat aku budak budak ke nak ugut ugut. Ni zaman teknologi..”

Something like that.

Sekali lagi Syamsul menegur dan memberi amaran.

Si Kun ni buat keras ketung selamba dia je

Then everything is history.

Kau pun tau, Skop then ambik tindakan atas Sasuke Kun didapati bersalah dan diarahkan untul membayar denda RM100K kepada Skop Productions.

Barulah dengan sedihnya, Kun mengatakan dia tak mampu nak membayar walaupun hidup 100 tahun lagi. Melayu dan drama berpisah tiada. Begitu. Tapi Kak Nam faham. Faham sangat kenapa dia cakap macam tu. RM100K bukan sikit untuk orang macam kita. Not even to Kak Nam.

Baik. Mari kita analisis kes ini…

This is generally a straight forward case.

Sebab tu senang sangat court nak setelkan.

Kenapa straight forward?

Sebab infringement dia jelas dan prosedur dia betul.

Infringement dia ialah muatnaik content Munafik 2 secara illegal.

Prosedur?
Amaran dah diberi berkali kali secara jelas. Peluang dan masa untuk menurunkan content juga diberikan.
Bila tak ikut barulah Skop ambik tindakan untuk saman.

Semua bukti amaran ada disimpan. Bukan sahaja oleh Skop, tapi majority yang menegur. Benda pun dalam FB boleh retrieve.

Cukup bukti, prosedur betul, tak ada apa lagi nak diragukan jadi disabitkan bersalah dan terimalah hukuman.

Sebenarnya tak berbaloi pun Skop saman

Berbaloi tak?
Langsung tak sebenarnya.

Kenapa tak?
Sebab penyebaran dilakukan secara suka-suka je oleh Sasuke Kun ni. Dia tak ambik sebarang keuntungan pun daripada penyebaran tu.

So kalau tak ambik keuntungan kenapa beriya sangat Skop nak ambik tindakan? Bukannya share Skop dapat ke dia pun. Well. That is the best part. Dalam undang undang, mengambil keuntungan di atas pelanggaran memang sah-sah salah.

Tapi kena selalu ingat, keuntungan bukanlah satu satunya jenis pelanggaran. Infringement ada banyak cara. The act of spreading the content itself – illegally – is already considered an infringement.

Jadi memang ada pelanggaran hakcipta kat situ. Jelas. Dah sia sia kan? Kau buat tak dapat apa, instead kau kena bayar orang lain.

Dan kau semua kena selalu ingat, walaupun beliau tak mengambil keuntungan, penyebaran macam ni boleh menyebabkan kerugian kepada pihak Skop. Potensi keuntungan boleh menjadi rendah dengan keadaan macam ni.

Sebab tu undang-undang menjamin kepentingan pemilik hakcipta.

Skop sanggup rugi untuk beri kesedaran kepada semua

Dan satu lagi, si Kun ni pun satu orang dah tegur banyak kali tu bawak-bawaklah sedar jugak. Ni lagi nak balas berlagak beraninya tak bertempat. Lagi marahlah orang.

Kak Nam sebenarnya quite proud jugak dengan Skop sebab buat macam ni, bagi kesedaran pengajaran dan jugak untuk educate orang lain mengenai hakcipta. Jadi orang tak suka suka hati ambik hak orang lain yang berpenat lelah memerah otak siang malam. Dan orang lain tu termasuk jugak celebrities yang ignorant macam yang pernah dibuat oleh Vivy dan Janna. Belajar menghormati hak orang lain. Itu penting.

RM100K tak besar mana lah untuk Skop yang dapat RM43juta tu. Tapi cukup besar untuk kita orang biasa ni. Perit. Perit bagi si Kun tu.

Apa pilihan yang Sasuke Kun ada?

Jadi, apa alternative yang si Kun ni ada sekarang?

Well dia boleh buat rayuan -and can put forth all the mitigation factors dia – macam kesalahan pertama – dan tidak mengaut keuntungan. Maybe court can consider.

Dan dalam keadaan macam ni – dia patut berjumpa Skop – minta maaf – dan minta budi bicara. Kak Nam percaya Skop pun tak jahat. Cukup nak bagi orang serik.

Jadi adik adik – inilah kepentingan kita tau hak kita. Jadi kita tau apa nak buat kalau hak kita dilanggar.

Kalau kau ada hakcipta – it is best kau buat voluntary notification.

Tapi Munafik 2 tak buat pun.

Tak buat pun tak apa. Tapi nak collect evidence ni bukan senang. In Munafik’s case – memang lucky sebab bukti memang disimpan dan ada depan mata. Memudahkan kerja.

Kalau hakcipta kena kacau mana saya nak pergi?

Ada 2 tempat kau boleh pergi.

1 – Balai polis

2 – Bahagian Penguatkuasaan KPDNHEP

Kalau kau nak orang tu kena tangkap. Kalau nak duit ie gantirugi – saman.

But make sure kau ikut prosedur yang betul.

Sekian.

Ignorantia juris non excusat. Ignorance of law is not an excuse.

Ingat tu ye adik adik. Semoga bermanfaat.

Sumber: FB Shahida Nafishah Jamaludin

Loading...

Leave a Reply