Portal berita terbaik anda

Hiburan

Faris seorang yang bijak membuat keputusan dan kelakar – Elfira

MESKIPUN sudah dua minggu Elfira Loy mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Faris Khairol Anuar, majlis perkahwinannya masih lagi menjadi bualan ramai netizen.

Sabtu lalu, pasangan tersebut baru saja meraikan majlis resepsi kedua mereka di Sheraton Hotel, Petaling Jaya.

Pasti ramai peminat dan netizen ingin tahu siapa sebenarnya Faris, jejaka yang berjaya menawan hati Elfira. Berusia 27 tahun, Faris merupakan Pengurus Besar di sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di ibu kota.

Menerusi satu temubual bersama majalah Eh!, Elfira mendedahkan Faris seorang yang cukup private dan pandai berahsia. Kata Elfira lagi, Faris seorang yang bijak menenangkan keadaan, bijak membuat keputusan dan seorang yang kelakar.

Elfira turut berkongsikan bahawa dia sukakan bahagian mata Faris dan itu yang membuatkannya jatuh hati. Kata Elfira lagi, Faris juga mempunyai bakat dalam nyanyian.

Merupakan penuntut di Cass Business School, City Universitu London selama tiga tahun, Farus juga pernah bekerja di Cambodia.

Dalam pada itu, Faris sebenarnya pernah menyertai program On Air yang diterajui oleh Datuk Aznil Hj Nawawi.

Loading...

Leave a Reply