Portal berita terbaik anda

Politik

Faktanya Kelantan memang tak mampu gaji kakitangan – Guan Eng

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengulang pendiriannya bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan awam.

Katanya, fakta ini pernah disebutkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Kelantan tidak mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk membayar gaji kakitangan awam maka sudah semestinya tidak mampu untuk mengambil alih pembinaan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Ini berikutan apa yang disebutkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Saya rasa semua ini ada salinan, boleh tengok memang kerajaan Kelantan tak mampu bayar gaji kakitangan awam.

“Perkara ini daripada dulu lagi lah, dan baru-baru ini saya pun telah luluskan satu jumlah peruntukan untuk membantu Kelantan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Guan Eng turut menyindir, kebanyakan negeri pembangkang kuat menghentam pemimpin PH terutamanya bukan Islam.

“Seperti yang saya sebut, semua negeri pembangkang yang kuat hentam pemimpin-pemimpin PH khususnya pemimpin-pemimpin bukan Islam, tapi kita masih berikan bantuan seperti yang disebutkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ini telah dapat restu daripada beliau.

“Jadi itulah fakta. Saya tidak mahu sebut lebih daripada itu. Boleh lihat kenyataan ini , ini memang telah berlaku sejak zaman Najib juga dan baru-baru ini saya telah luluskan saya jumlah peruntukan kepada Kelantan,” ujarnya.

Loading...

Leave a Reply