Ezrin Nazan letak jawatan sebagai konsultan Bateriku.com

Baru-baru ini kecoh di media sosial selepas seorang pemuda, Ezrin Nazan mendakwa air dari jenama Starbucks yang dipesannya dicuri seorang penghantar makanan.

“Hello @GrabMY kenapa rider curi air Starbucks? Order tiga tapi dapat dua je. Kalau nak aku belanja air, minta je la bukan curi. Dah report pun Grab tapi senyap je,” tulisnya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Tuduhan tersebut yang jelas melulu dan tidak berasas kemudiannya mendapat pelbagai respon dari netizen yang rata-rata mengecam tindakan individu terbabit yang dipercayai seorang vlogger dan juga pekerja kontrak syarikat Bateriku.

Tampil menjawab soalan berkenaan, Grab Malaysia kemudiannya menjelaskan perkara berkenaan adalah kesilapan teknikal yang dilakukan syarikat kopi berkenaan dan langsung tiada kaitan dengan rider berkenaan.

Namun jawapan individu terbabit yang masih mahu menyalahkan rider menyebabkan orang ramai menjadi lebih berang dan merasakan tindakannya agak keterlaluan.

Ekoran dari itu majikannya, Bateriku difahamkan telah bertindak menggntung kerja lelaki berkenaan sementara mereka menyiasat kejadian berkenaan.

Jelas mereka, mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan samada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com.

Dalam perkembangan terkini, Ezrin Nazan melalui channel YouTube miliknya telah membuat permohonan maaf kali kedua di atas tindakannya itu.

Bagi membuktikan keikhlasannya memohon maaf, Ezrin mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan meminta netizen berhenti menyerang pihak majikannya serta teruskan menyokong perkhidmatan Grab.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas ketelanjuran kata-kata saya di social media yang mana saya telah tweet dan menuduh rider Grab tanpa usul periksa.

“Saya juga memohon maaf kepada rider Grab terbabit dan kepada warga maya atas isu yang panas ini kerana kesilapan saya.

“Jadi untuk membuktikan keikhlasan saya dalam video pemohonan maaf ini dan demi menjaga nama baik Bateriku.com, saya telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan saya sebagai Creative Consultant berkuatkuasa hari ini,” katanya.

Loading...

Leave a Reply