Portal berita terbaik anda

Utama

Lelaki tuduh rider curi Starbucks digantung kerja serta-merta

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang menuduh penghantar makanan (rider) mencuri air yang dipesannya melalui aplikasi Grab Food akhirnya membawa padah apabila dia digantung kerja serta- merta oleh majikannya.

Melalui perkongsian di laman Twitter, majikan kepada lelaki yang dikenali sebagai sebagai Ezrin Nazan, Bateriku.com memaklumkan, tindakan gantung kerja itu dilakukan sementara siasatan menyeluruh sedang dilakukan.

“Pihak Bateriku.com memohon maaf dengan tingkah laku kakitangan kontrak, Ezrin Nazan yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan penghantar makanan Grab di laman sosial tempoh hari.

“Di Bateriku.com, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com,” katanya di laman Twitter semalam.

Rata-rata netizen netizen bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh Bateriku.com dan menyifatkan tindakan itu tepat dalam memastikan nama baik syarikat itu tidak tercalar.

Terdahulu, seorang pengguna di Twitter yang dikenali sebagai @exmnexmnmn merasa sangat kecewa apabila air minuman yang dipesannya di Starbucks tidak mencukupi ketika dihantar oleh rider.

Pada masa sama, dia menuduh ‘rider’ tersebut telah mencuri salah satu minuman miliknya.

Dia mendakwa memesan tiga cawan minuman terbabit, namun yang tiba hanya dua cawan.

Susulan itu, akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di ‘seal’.

“Tugas ‘rider’ cuma datang ambil pesanan dan terus hantar ke pelanggan.

“Isu ‘rider’ ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan,” katanya.-K ONLINE

Loading...

Leave a Reply