Portal berita terbaik anda

Utama

Episod baharu Drama Spontan sindir doktor baju batik?

Youtuber terkenal, Syahmi Sazli telah memuat naik episod terbaharu Drama Spontan bertajuk ‘Kau Curangi Aku’ di saluran Youtube miliknya, semalam.

Seperti biasa, video berkenaan turut mendapat jumlah tontonan yang tinggi daripada peminatnya apabila menerima lebih 1.9 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Episod kali ini lebih menghiburkan dan dilihat turut menyentuh kes ‘doktor berbaju batik’ yang tular minggu lalu.

Asif yang membawa watak doktor dalam episod kali ini turut kemas berbaju batik.

Rata-rata peminat Asif memuji Syahmi yang sentiasa peka dengan isu semasa.

Bukan itu sahaja, di penghujung episod Drama Spontan ini turut diselitkan nasihat untuk dijadikan pedoman buat kita semua.

Tahniah Syahmi untuk satu lagi episod yang berjaya menghiburkan rakyat Malaysia.

Tidak lama lagi, drama bersiri arahan Syahmi, Mael Totey dan telefilem Drama Spontan X mungkin akan ditayangkan di kaca TV pula.

Namun, bila dua siri ini akan mula menjalankan penggambaran masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan.

Loading...

Leave a Reply