Portal berita terbaik anda

Utama

Enggan berdiri kerana kerajaan tidak tunai janji

KUALA LUMPUR – Tidak berpuas hati terhadap kerajaan menyebabkan ahli Kumpulan pendesak lantang, Sarawak For Sarawakians (S4S) enggan berdiri ketika lagu kebangsaan berkumandang di sebuah majlis kutipan dana di Sarawak pada minggu lalu.

Tindakan itu dilakukan ahli S4S dalam majlis tersebut sebagai tanda protes senyap untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap janji kepada negeri itu yang belum dipenuhi kerajaan.

Ahli mereka, Shaow Tung Leong yang juga dikenali sebagai Alex Leong menerusi satu rakaman video yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook berkata, Malaya bertindak sangat tidak adil terhadap negeri dan orang Sarawak.

Ujarnya, sumber minyak dan gas Sarawak dieksploitasi sejak 56 tahun lalu selain Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Kerajaan Persekutuan tidak dapat memenuhi janjinya untuk menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus bagi Sabah dan Sarawak seperti dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

“Jadi, kenapa kita perlu berdiri apabila lagu kebangsaan dimainkan kerana Negaraku ialah lagu kebangsaan ‘Malaya’ bukannya lagu kebangsaan Persekutuan.

“Malah, Sarawak hanya menyertai Malaysia pada 1963 dan kami hanya rakan kongsi setara,” katanya kepada Portal Free Malaysia Today hari ini.

Sementara itu, Jurucakap S4S, Peter John Jaban memberitahu, Negaraku bukan lagu kebangsaan kerana meniru lagu “Mamula Moon” nyanyian kumpulan Hawaiian Serenaders pada 1940.

Sejak semalam tular dalam laman sosial video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu dan mendapat lebih 6,000 komen dan dikongsi 4,000 warga net.-UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply