Portal berita terbaik anda

Utama

‘Elaun atlet kena potong, ada hati nak anjur F1 lagi’

BEKAS menteri belia dan sukan Khairy Jamaluddin menolak idea untuk menganjurkan kembali perlumbaan F1 di negara ini.

Katanya, penganjuran acara antarabangsa itu menelan kos lebih RM200 juta setiap tahun dan hampir kesemuanya ditanggung kerajaan.

“Cakap duit dah tak ada, kena jimat,” katanya mengulas laporan media menyebut Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berharap F1 akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti.

Mahathir malam tadi berkata idea membina Litar Antarabangsa Sepang telah membuka jalan bagi pembangunan bakat tempatan dan pemindahan teknologi sukan permotoran.

Katanya, penerimaan sukan itu amat baik daripada aspek penonton dan penyertaan.

Menulis di Twitter, Khairy berkata F1 tidak sesuai lagi dianjurkan di Malaysia, antaranya dengan membangkitkan masalah dana atlet kebangsaan.

“Elaun atlet kebangsaan kena potong. Staf kontrak sains sukan ramai tak di sambung. Ada hati nak dapat balik F1.

“Jadi tidak kepada F1,” kata anggota parlimen Rembau.

Loading...

Leave a Reply