PETALING JAYA – Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew membeli 100 tab untuk diagihkan kepada mana-mana pelajar yang memerlukan.
Perkara itu dikongsikan Ebit Lew menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini, yang mana beliau berharap dapat meringankan beban bagi pelajar-pelajar yang mengalami kesukaran untuk belajar secara online.
View this post on Instagram
“Pohon doakan. Baru sahaja membeli 100 tab untuk dihadiahkan kepada pelajar yang memerlukan untuk kelas online.
“Siapa yang benar-benar perlu boleh hubungi 017-587 0294,” tulisnya hari ini. – K! ONLINE
Loading...
Leave a Reply