Portal berita terbaik anda

Utama

Dua remaja lari dari polis parah rempuh kereta

Petang tadi, tular di media sosial video yang memaparkan seorang remaja mengalami cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Menurut sumber, remaja terbabit dikatakan ditendang anggota polis yang sedang mengejar mereka.

Video tersebut mendapat perhatian ramai pihak yang mahu anggota polis terbabit dikenakan tindakan tegas.

Namun, anggota terbabit telah tampil membuat laporan polis dan menafikan kejadian yang berlaku.

Menurutnya, remaja terbabit dikatakan memecut laju selepas ternampak anggota polis terbabit dan menuju ke arah lampu isyarat.

Setibanya di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa bersama seorang rakannya telah dirempuh sebuah kereta Toyota Camry menyebabkan kedua-duanya rebah.

Mangsa mengalami cedera parah, manakala rakannya cedera ringan. Pemandu kereta Camry pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut anggota terbabit, dia telah menghubungi pihak ambulans untuk membawa mangsa ke hospital.

Ketika menunggu ambulans sampai, orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian dan menuduh dia menendang motosikal mangsa sehingga terbalik.

Bimbang akan keselamatan dirinya, anggota terbabit telah menghubungi anggota MPV dan URB yang berdekatan bagi meredakan keadaan.

Bagaimanapun, ada yang tidak berpuas hati dan mengugut mahu menyebarkan video di media sosial.

Loading...

Leave a Reply