Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Dua penuntut rempuh lembu di LPT2

KUALA BERANG – Dua kenderaan merempuh seekor lembu dalam kejadian berasingan di Kilometer 417.9 Lebuh Raya Pantai Timur 2, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira jam 8 malam semalam apabila kereta dipandu Mohammad Azrie Mohd Kamarol Bahari, 23, dalam perjalanan dari Kelantan menghala ke Melaka.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, seekor lembu melintas secara tiba-tiba dan mangsa cuba mengelak, namun gagal sebelum merempuh haiwan itu.

“Pelanggaran itu menyebabkan lembu itu mati, sebelum bangkainya dirempuh pula seorang lagi pemandu, Muhammad Faris Mat Jeli@Mazeli, 20, kira-kira 15 minit kemudian.

“Dua pemandu terbabit bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan, manakala bangkai lembu itu diangkat bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Kedua-dua kenderaan penuntut itu rosak di bahagian depan dan kes dirujuk kepada majistret,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Loading...

Leave a Reply