Portal berita terbaik anda

Viral

‘Dua kali scan, doktor kata perempuan tetapi yang keluar bayi lelaki…’

BAGI pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu dan bapa, banyak perkara penting yang perlu diselesaikan sebelum menyambut kelahiran orang baru dalam keluarga.

Antara perkara yang sering dititik beratkan oleh bakal ibu bapa adalah dari segi pemilihan barangan keperluan untuk bayi.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang ibu yang dikenali sebagai Sue, terkejut apabila menimang seorang cahaya mata lelaki walaupun scan yang dilakukannya sebanyak dua kali mengatakan yang dia dan suami bakal dikurniakan bayi perempuan.

“Ibu pun beriya lah beli segala baju bedung barang pinky. Nama berbulan ibu cari nahh sekali keluar belalai,” katanya.

Walaupun jangkaan doktor meleset, dia dan suami tetap gembira kerana mereka sebenarnya mengimpikan seorang anak lelaki.

Berikutan itu, netizen meninggalkan komen di Facebook Sue selain turut berkongsi pengalaman yang serupa dengannya.

 

Pink pun pink lah!

Yakin cari senarai nama

Loading...

Leave a Reply