Dua ditemui mati kereta terjunam dalam tasik

BANDAR BAHARU – Dua mangsa dalam Proton Persona yang terjunam ke dalam Tasik Lake Resort Serdang, sudah ditemukan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, mangsa pertama dikenali sebagai Nor Aiza Hashim, 28, ditemukan jam 8.40 malam.

Katanya, mangsa kedua pula ditemukan jam 8.59 malam dikenali sebagai Hasmah Mat Isa, 69.

“Setakat ini operasi masih dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan dibantu BBP Selama, Perak untuk mengesan sama ada terdapat lagi mangsa dalam kereta berkenaan.

“Operasi turut disertai anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kejadian petang tadi, sebuah Proton Persona dilaporkan terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang.

Berikutan itu, pasukan bomba berusaha mencari mangsa yang dipercayai berada dalam kereta berkenaan.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *