Portal berita terbaik anda

Utama

Dua beranak lemas, seorang masih hilang selepas kereta dinaiki terjunam dalam tasik

BANDAR BAHARU: Dua mangsa ditemui lemas selepas kereta jenis Proton Persona yang dinaiki terjunam ke dalam Tasik Lake Resort, Serdang, dekat Bandar Baharu petang Ahad.

Seorang lagi mangsa, yang merupakan kanak-kanak perempuan yang turut menaiki kereta berkenaan dilaporkan masih hilang.

Identiti kedua-dua mangsa yang ditemui itu dikenal pasti sebagai Noraiza Hashim, 28 dan ibunya Hasmah Mad Isa, 69.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.24 petang.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan dari MERS 999 mengatakan sebuah kereta jatuh ke dalam tasik berkenaan.

“Sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan,” katanya.

Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini mayat pertama dinaikkan sekitar jam 8.40 malam, manakala mayat kedua pada jam 8.50 malam.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd Akmal Hizam Abd Khupur mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kereta berkenaan dari rumah dan datang ke tasik untuk berjoging.

“Mungkin tertekan minyak atau sebaliknya. Nanti saya akan maklumkan kemudian, ” katanya.

Loading...

Leave a Reply