SEJAK iPhone 11 tiba di Malaysia, pelbagai kisah para pembeli tular di laman media sosial. Namun terdapat segelintir netizen yang kurang senang melihat ‘kemewahan’ orang lain.
Itu terjadi kepada seorang warga emas yang menjadi pembeli pertama iPhone 11 Pro Max di sebuah kedai telefon di Kota Bharu, Kelantan.
Our first and 2nd customers for the brand new iPhone 11 Pro Max and iPhone 11 Pro at Switch Kota Bharu Trade Centre 🥳 @XavierNaxa pic.twitter.com/dvaK8vEhCs
— Switch Apple Mac (@SwitchTM) September 27, 2019
Gara-gara kelihatan sudah berusia dan memakai kopiah, sudah tentu ada ‘suara sumbang’ yang meminta agar beliau menghabiskan sahaja wang ringgit untuk menunaikan umrah.
Tapi lebih mengejutkan apabila mengetahui warga emas itu bukan calang-calang orangnya.
Beberapa pengguna laman Twitter mendedahkan bahawa beliau merupakan doktor pakar di sebuah hospital swasta di negeri ini.
Meleis: “pakcik better pergi Umrah la dari beli iphone euww bla bla bla”
Meanwhile he’s one of best Specialist in KPJ Medical Centre, Kota Bharu.
Moral of story, please don’t judge people by their appearance. You don’t have money then just fuckin shut up. Simple! https://t.co/n7UXiAxsC8
— Nik Nazwan ⚯͛ (@nik_nazwan) September 27, 2019
Pemilik nama Dr. Awang Nila Ismail itu rupa-rupanya memang terkenal sebagai salah seorang pakar terbaik kerana banyak membantu pesakit yang rata-rata memberikan maklum balas positif.
Dr Awang Nila guysss, He remove my mom’s cyst. Such a humble person🙌🏻 https://t.co/pIDiRQnU5M
— Robinn (@mirzaashaari5) September 28, 2019
He is Dr. Awang Nila,Dr. yang sambut kelahiran abang sulung sy masa mama nak melahirkan anak sulung dia pd 4/10/1991 di HUSM Kubang Kerian dulu 💚 sampai skrg Dr. Awang and family masih lg keep in touch dgn my family.. https://t.co/DBaqwg1FzO
— encikFAKHRUL 🧸 (@fakhrullah_94) September 28, 2019
The O&G specialist who assisted me during my labour at KPJ Perdana, KB. Kalau dia nak, dia boleh pergi Mekah balik hari la. Duhh. Suka nau judge orang based on appearance 🙄 https://t.co/cInvifwbs7
— azure (@zura_amed) September 28, 2019
— Nik Nazwan ⚯͛ (@nik_nazwan) September 28, 2019
Netizen juga meninggalkan pesanan agar tidak menilai seseorang itu dari segi luaran semata-mata. Malah ada yang berkata, orang Kelantan tidak suka menunjuk-menunjuk walaupun memiliki kemewahan.
Leave a Reply