Portal berita terbaik anda

Jenayah

Disangka sakit perut, rupanya dah nak bersalin

KEMAMAN – Remuk hati seorang ibu apabila anak gadisnya berusia 16 tahun yang disangka hanya sakit perut rupa-rupanya sudah sarat hamil selepas dipercayai dirogol kekasih.

Mangsa disahkan hamil selepas ibunya yang berusia 39 tahun membawa remaja perempuan itu ke Hospital Kemaman kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu untuk mendapatkan rawatan setelah mangsa mengadu sakit perut.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, doktor mengesahkan mangsa mengandung 36 minggu (9 bulan) ketika pemeriksaan dibuat.

Menurutnya, mangsa yang sudah tidak bersekolah sebelum itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kira-kira jam 9 pagi.

“Selepas selesai pemeriksaan, mangsa kemudian ditahan di wad kerana sudah hampir untuk bersalin.

“Sejurus mengetahui keadaan anaknya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai pada hari yang sama untuk tindakan lanjut,” katanya.

Susulan laporan polis itu, suspek yang berusia 27 tahun berjaya ditahan di rumahnya di kawasan Bukit Kuang, di sini, kira-kira jam 11.40 malam, juga pada hari sama.

Katanya, suspek direman selama 7 hari bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Loading...

Leave a Reply