Portal berita terbaik anda

Viral

‘Dirimu tidak dikenali, tetapi pemergianmu ditangisi’ – Sukarelawan kucing maut kemalangan

Seorang pencinta kucing maut dalam kemalangan jalan raya, Selasa lepas.

Menurut sahabatnya, mangsa yang dikenali sebagai Abdul Rahim Shukur merupakan individu yang sama-sama membangunkan Filosofi Sahabat Jalanan iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak menjalankan aktiviti menyelamatkan haiwan jalanan di sekitar Pulau Pinang.

Difahamkan, arwah kerap turun padang bersama-saman NGO tersebut bagi mengumpulkan kucing-kucing terbiar untuk ditempatkan di sebuah pusat perlindungan kucing di Teluk Bahang.

Perkhabaran duka itu turut dimuat naik di beberapa media sosial sebelum tular sehingga menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-ratanya memberikan ucapan takziah buat keluarga arwah selain mengharapkan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply