Portal berita terbaik anda

Viral

Dipukul kekasih sampai pecah bibir, Instafamous buat laporan polis

Walaupun baru menjalinkan hubungan cinta sebagai kekasih, dah ada yang berani ‘naik tangan’ terhadap pasangan masing-masing. Kalau dah kahwin, tak tahu la apa yang akan jadi.

Baru-baru ini, seorang pelajar Tingkatan 1 yang juga merupakan seorang Instafamous, Amalin telah membuat laporan polis kerana dipukul oleh teman lelakinya sehingga pecah bibir.

Amalin turut memuat naik beberapa posting di IG miliknya berhubung kejadian tersebut.

“Terima kasih lah kepada yang talam tu, fitnah la lagi okey banyak banyak. Buat kat aku tak apa, aku maafkan.

“Jangan buat dekat orang lain, aku ni bukannya baik sangat tapi setakat nak ingatkan dosa memfitnah tu berat tu boleh lah eh. Lagi satu jangan cari lelaki yang jenis kaki pukul. You better move on,” tulisnya.

Amalin turut menasihati perempuan lain supaya sentiasa menjaga diri dan berhati-hati dalam memilih pasangan.

“BTW thanks you for those yang DM, post gambar kat story semua, komen bagi semangat semua, i will reply as soon as posibble.

“I really appreciate it, niat cuma nak nasihat perempuan lain jangan jadi bodoh je, tak sangka macam ni. girls take care of yourself okay, jangan jadi macam kita,” katanya.

Kejadian itu telah membuka mata ramai pihak dan viral sekelip mata. Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada diri Amalin.

Ada juga yang meminta supaya netizen menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran kepada diri mereka dan orang lain.

Loading...

Leave a Reply