Portal berita terbaik anda

Utama

Derita kanser lidah tahap empat, mak ‘pergi’ awal pagi Jumaat

IBU lima anak yang menderita penyakit kanser lidah tahap empat, Rosimah Ismail meninggal dunia awal pagi Jumaat.

Ruangan komen di Facebook anak keduanya, Nurul Shafina Mazani turut dibanjiri ucapan takziah daripada netizen.

Terdahulu, kisah penderitaan yang dilalui Rosimah sejak Mei tahun lalu tular apabila Nurul Shafina membuat satu posting di Facebook memohon orang ramai agar mendoakan ibunya kembali sihat.

Dua hari lalu, Nurul Shafina atau lebih mesra disapa Fina berkongsi beberapa nota pesanan ditulis ibunya di media sosial miliknya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat luahan hati ibunya yang menyentuh perasaan itu.

“Semoga Allah memberikan syifa kepada makcik dan dipermudahkan segala urusan… Aamiin,” kata Rozana.

“Tak mampu ungkap kata. Kita baca pun sedih. Moga makcik dan keluarga dipermudahkan segala urusan. Aamiin,” kata Nurul Atika.

Posting Fina itu dikongsi sebanyak 7,900 kali dan menerima 8,200 komen.

Loading...

Leave a Reply