Portal berita terbaik anda

Utama

Derita bonjolan celah ketiak, kanak-kanak ini perlu bantuan

“KETIKA berusia enam bulan, benjolan di ketiak Muhammad Amar Farish Mohd Hafid hanya sebesar bola ping pong, namun ia semakin membesar seperti buah kelapa sampai sekarang.

“Setiap kali nak angkat tangan kirinya, dia menangis kerana sakit hinggakan nak pakai baju pun sukar,” kata Mohd Hafid Ismail, 32.

Mohd Hafid berkata, anak sulung dari dua beradik itu sepatutnya melangkah ke darjah satu tahun hadapan, namun disebabkan ketumbuhan kalenjar yang dialami anaknya itu, dia terpaksa membiarkan Muhammad Amar Farish berehat di rumah.

Katanya, sebelum ini anaknya sangat aktif namun disebabkan ketumbuhan itu makin membesar, anaknya hanya duduk di rumah dan berbaring.

“Setiap bulan kami membawanya menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar namun doktor hanya memberi ubat tahan sakit serta ubat yang mampu mengurangkan kesakitannya.

“Dia kerap merengek kerana terlalu sakit sehingga dan saya dan isteri, Nur Shuhaida Musa, 31, buntu dan hanya mampu menenangkannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pida 4, Kodiang, Jitra semalam.

Mohd Hafid berkata, isterinya juga mengalami masalah kesihatan dan menghidap ‘hyper tiroid’ dan perlu menjalani rawatan susulan di HSB setiap bulan.

“Muhammad Amar Farish kini tidak berselera untuk makan menyebabkan berat badannya dari 26 kilogram (kg) kini cuma tinggal 21 kg,” katanya.

Mohd Hafid berkata, benjolan di ketiak itu semakin membesar dan dianggarkan seberat hampir tiga kilogram.

Katanya, doktor memaklumkan benjolan itu adalah lendir yang mungkin bercampur darah dan nanah.

“Lebih membimbangkan kami apabila benjolan kecil pula dikesan pada lengan kiri Muhammad Amar Farish yang kelihatan sama seperti benjolan di ketiaknya selain ada juga benjolan di ketiak kanan.

“Kami cuma beri dia minum susu tepung biasa untuk memberi selera makannya memandangkan saya tidak mampu membeli susu formula khas yang lebih berkhasiat disebabkan pendapatan saya sebagai pengawal keselamatan sekolah sekadar RM1,700 sebulan,” katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun bank ibunya Nur Shuhaida 159013072363 (Maybank) atau 7066387942 (CIMB) atau menghubunginya di talian 017-5450662.

Loading...

Leave a Reply