Portal berita terbaik anda

Utama

DBKL roboh kuil haram di PPR Sri Pantai

KUALA LUMPUR: Sebuah kuil yang dibina berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, di sini, dirobohkan selepas didapati tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), semalam.

Difahamkan kuil berkenaan dirobohkan oleh anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Lembah Pantai selepas menerima maklumat berhubung kewujudan rumah ibadat berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Binaan konkrit yang dibina berhampiran pokok di lokasi berkenaan dipecahkan, manakala patung diletakkan bagi tujuan upacara sembahyang turut ditanggalkan.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan sebarang pembinaan rumah ibadat baru perlu mendapat kebenaran daripada PBT dan mana-mana rumah ibadat tidak lagi boleh dibina di atas tanah yang bukan milik mereka.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan perkara itu hujung November lalu, memaklumkan tindakan berkenaan penting bagi mengelak sebarang masalah yang timbul pada masa akan datang terutama apabila pemilik tanah menuntut semula hak mereka.

Ini berikutan tercetus kekecohan di sekitar kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya pada 26 November lalu sehingga hampir mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Dalam kekecohan itu juga, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu jam 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

Loading...

Leave a Reply