Portal berita terbaik anda

Politik

Darurat cubaan Muhyiddin untuk kekal berkuasa

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali mendakwa pengisytiharan darurat adalah percubaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk kekal berkuasa kerana dia didakwa sudah hilang sokongan majoritinya.

“Semua dapat lihat kesannya. Cubaan terdesak untuk berpaut kepada kuasa politik di saat jelas perdana menteri telah hilang majoriti.

“Satu soalah masih tidak jelas, ketika perdana menteri memberi nasihat kepada Agong (berkenaan darurat), apakah dia masih ada majoriti? Bagi saya nasihat itu perlu diteliti pihak kehakiman,” katanya kepada Malaysiakini.

Peguam Syed Iskandar Syed Jaafar juga menyuarakan sentimen yang sama, dan berkata darurat tidak perlu diisytihar di saat ada cara lain untuk menangani wabak Covid-19.

Dia membangkitkan bahagian ucapan Muhyiddin hari ini berkenaan pihak yang menggesa pilihan raya diadakan.

“Dia bercakap tentang gesaan untuk mengadakan pilihan raya dan dia mengambil tindakan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, laporan media mutakhir ini membayangkan dia tiada sokongan mencukupi…Dia perlu panggil sidang Parlimen dan uji sama ada masih ada sokongan (majoriti ahli Parlimen).

“Tiada keperluan untuk darurat pada masa ini kerana ia tidak memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Loading...

Leave a Reply