Portal berita terbaik anda

Politik

Dari jaguh panjat pagar, Syed Saddiq kini pembohong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa melakukan satu pembohongan apabila menuduh Perdana Menteri menipu Yang di-Pertuan Agong dengan mendakwa semua 36 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia termasuk dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyokongnya.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah membuat perkara yang didakwa oleh Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu.

“Tan Sri Muhyiddin tak pernah claim (buat dakwaan) semua Ahli Parlimen Bersatu sokong dia,” katanya.

Beliau mengetahuinya kerana terlibat dan menyimpan perincian siapa yang bersama mereka.

Annuar mengulas mengenai kenyataan Syed Saddiq dalam wawancara bersama AlJazeera.

Dalam wawancara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan menyifatkan Perikatan Nasional sebagai kerajaan tidak sah dan pintu belakang dan menegaskan Dr Mahathir dan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipersalahkan dengan perubahan kerajaan.

Ini kerana, dakwa Syed Saddiq, Muhyiddin yang mengemukakan gambaran tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong tentang majoriti Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri itu. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply