DAP ugut tendang Mahathir, PPBM keluar dari PH?

SETELAH berterusan mengkritik Tun Dr Mahathir, hari ini Ahli Jawatankuasa Pusat DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu, mula memberi amaran untuk menendang keluar PPBM dari PH.

Dengan tajuk “Mahathir: Harimau Kertas” yang memperlekehkan Tun Dr Mahathir dengan menggambarkan bahawa Tun Dr Mahathir kini seolah-olah sudah tidak bertaring, Ronnie Liu mengkritik pedas Tun Dr Mahathir.

Semua isu disalahkan Tun Dr Mahathir, termasuklah kedegilan Tun Dr Mahathir mempertahankan penerusan dasar Bumiputera yang didakwa bercanggah dengan pendirian PH, isu khat, isu Zakir Naik dan sebagainya.

Amarannya pula adalah kononnya, walaupun PPBM ada 26 ahli parlimen, DAP, PKR, PAN, WARISAN dan UPKO pula ada 113 ahli parlimen yang didakwa sudah cukup untuk membentuk kerajaan tanpa PPBM.

Kononnya juga, walaupun mungkin akan ada kem serpihan dari PKR, tetapi ini akan diimbangi oleh adanya kem serpihan dari PPBM yang akan menyokong DAP, PKR, PAN, WARISAN dan UPKO.

Kononnya juga, jika ia berakhir dengan pilihan raya mengejut, PPBM adalah pihak yang paling rugi kerana tidak akan ada mana-mana parti, baik dari PH mahupun PAS-BN, yang mahu berpakat dengannya.

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah benar Tun Dr Mahathir adalah harimau kertas yang sudah tidak bertaring ataupun tidak.

Loading...

One Response

  1. Shamsudin hj Ithnin October 23, 2019

Leave a Reply