Covid-19: Seorang lagi meninggal dunia

KUALA LUMPUR — Jumlah kumulatif kematian akibat wabak Covid-19 meningkat kepada 15 kes selepas seorang lagi pesakit meninggal dunia pada jam 5.35 pagi, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan mengesahkan mangsa merupakan kes ke-1519 berusia 71 tahun dan berasal dari Melaka.

Sebelum ini, mangsa disyaki mempunyai kontak dengan pesakit ke-703 yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Allahyarham mempunyai sejarah penyakit kronik dan dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 18 Mac lalu.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *