Covid-19: Malaysia catat 26 kematian, 130 kes positif baharu

JUMLAH kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Malaysia setakat ini ialah 26 orang, setakat 5 petang hari ini.

Ia pertambahan tiga kes kematian termasuk satu kes dilaporkan pagi tadi, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk hari ini, sebanyak 130 kes baharu dilaporkan, ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,161 kes keseluruhan setakat hari ini.

“Bilangan pesakit Covid-19 yang berjaya disembuhkan meningkat 259, ini termasuk 44 pesakit terbaru yag telah sembuh dan discaj (hari ini).

“Sebanyak 71 kes daripada jumlah baru adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling, manakala baki 101 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, sebentar tadi.

“Seramai 54 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 34 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi ciapan di twitter, KKMPutrajaya, hari ini.

Loading...

Leave a Reply