Portal berita terbaik anda

Utama

Covid-19: 1 kematian, 85 kes baharu – terendah sejak bulan lalu

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 85 kes baharu Covid-19 pada hari ini, iaitu jumlah kes baharu terendah sejak 14 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini sebanyak 5,072 kes.

Jumlah kes dilaporkan pada 14 Mac adalah 35. Sejak itu, bilangan kes baharu setiap hari mencecah 100 dan ke atas.

Noor Hisham turut memaklumkan seorang lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian menjadi 83 oranjg.

Selain itu, sejumlah 169 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,647 kes.

Ia menjadikan kadar kes sembuh kepada 52.2 peratus, iaitu pertama kali kadar sembuh melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan kes.

Loading...

Leave a Reply