Portal berita terbaik anda

Hiburan

Comelnya The Rock main masak-masak dengan anaknya!

MELIHAT tubuh sasa dan bertatu pelakon ini, sudah tentu ramai yang membayangkan tentunya Dwayne Douglas Johnson atau The Rock seorang bapa yang agak garang dan tegas.

Namun ternyata, rupa paras seseorang itu tidak mencerminkan bagaimana karakter sebenar aktor ini melainkan pengikut setia di laman sosial yang sedikit sebanyak didedahkan dengan kehidupan peribadi beliau.

Disifatkan sebagai ‘family man’, gambar The Rock bermain ‘masak-masak’ dengan anaknya begitu mencuit hati netizen.

Pelakon filem francais, Fast and Furious itu berkongsi gambar memaparkan dirinya berpura-pura minum menggunakan gelas mainan bersama anaknya yang kelihatan leka bermain masak-masak.

 

View this post on Instagram

 

🍵❤️ (daddy may have put a little nip of tequila in his tea, cos it’s always 5 o’clock somewhere) #icherishthesemoments #andgodblessmychair

A post shared by therock (@therock) on

Menerusi kapsyennya juga, pelakon dan bekas penggusti WWE meletakkan tanda pagar berharap agar kerusi kecil yang didudukinya dilindungi tuhan kerana tidak sesuai dengan fizikal yang sasa.

Momen yang dimuat naik oleh artis Hollywood itu bukan sahaja terlihat lawak dan comel, malahan memberi gambaran bahawa tidak kira siapapun individu tersebut, sudah pasti dia tetap akan ‘kalah’ dengan telatah anak kecilnya.

Perkongsian di Instagram itu mendapat lebih 7 juta tanda suka dan rata-rata netizen kagum dengan pelakon terbabit yang pandai melayan karenah anaknya.

coolayushsharma1999 berseloroh “Tak kisah jika anda adalah The Rock Dwayne Johnson tapi bila anak perempuan awak beritahu suruh awak duduk dan minum secawan teh, anda tetap perlu lakukannya.

“Awww…ini sungguh comel, saya dapat rasakan kasih sayang daripada awak dan anak awak, terbaik The Rock melayan anaknya,” tulis Adamface pula.

Loading...

Leave a Reply